Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya"
(Hadith Riwayat Muslim)
Untuk merealisasikan maksud hadis di atas, maka berlumba-lumbalah para
ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian Tahfiz,
pondok atau sekolah agama. Pada satu segi, tindakan ini boleh dikira
sebagai satu sikap positif ibu bapa yang merasakan amalan mereka masih
kurang cukup untuk membela nasib mereka di alam barzakh kelak. Oleh itu,
langkah termudah ialah dengan menghasilkan anak-anak yang soleh yang
mampu dan bakal mendo'akan mereka.
Manakala pada satu sudut lain pula, ianya merupakan satu manifestasi
rasa terima kasih ibu bapa terhadap ibu-bapanya dahulu yang sudah
berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Lalu anugerah soleh itu
dipanjangkan kepada anak-anaknya sendiri agar kesolehan ini berterusan
kepada generasi berikutnya.
Namun begitu, kita sebenarnya hampir terlupa akan satu aspek lain yang wajib dimiliki oleh ibu-bapa sendiri iaitu berdasarkan kehendak agama, bukan anak-anak sahaja yang perlu menjadi soleh, bahkan ibu bapa sendiri perlulah menjadi soleh dan solehah.

Allah Firman Allah s.w.t. maksudnya :"
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya
dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya
itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak
mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang
manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."
(Surah al-Tur ayat 21)
Ayat
di atas secara jelas menjelaskan kelebihan 2 hala di dalam hubungan ibu
bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman
akan ditempatkan di dalam Syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu
mereka sebagai salah satu bentuk ni’mat dan hiburan kepada mereka.
Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana do'a anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)).
Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana do'a anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)).
Menurut
Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa
yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).
Walaubagaimanapun ni’mat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai
ibu bapa yang merasakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, maka ibu-bapa mestilah
mempunyai kaedah dan cara-cara praktikal untuk memastikan kaedah ini
dipatuhi dan dilaksanakan kepada anak-anak mereka.
Tanggungjawab
ibu-bapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad.
Dibawah ini terdapat lima perkara yang perlu ibu-bapa lakukan untuk
menjadikan anak-anak mereka. Adalah menjadi kewajipan ibu-bapa membentuk
keluarga Islam supaya menjadi contoh ikutan kepada anak-anak apabila
mereka dewasa kelak.
1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibu-bapa ,Keluarga dan Umat Islam.
Ibu-bapa
bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak
supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul
mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh
sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya
: “Seseorang Muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya
terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya
lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai
seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci
untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api
neraka”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:
Maksudnya
: “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu,
mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang
memelihara Al-Qur'an itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada
hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para
Nabinya dan orang-orang yang suci”.
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Di
dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar
anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim
dan beberapa hukum-hukum agama.
Maka
apabila perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya telah tertanam di
dalam jiwa anak-anak, ibu bapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka
mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya
terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibu bapa, ahli keluarga dan umat
Islam. Ceritakanlah kepada mereka mengenai penderitaan saudara-saudara
kita di Palestin dan ditempat lain supaya melahirkan rasa simpati dalam
jiwa mereka kepada saudara-saudara seagama.
2. Rukun Islam Dan Iman
Ibubapa
perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam
dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya
di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas
sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima
perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara.
Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a.s :
Maksudnya
: “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun
Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah,
mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu.
Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia
rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau
beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari
akhirat dan beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah Taala”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Anak-anak
juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib
mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga
dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan
seseorang Muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa
terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan
jasmani.
3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Al-Quran
merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap
orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan
gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz,
menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan
rahmat oleh Allah Taala. Maka ibu-bapa perlu mengajar anak-anak membaca
Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibu-bapa ke
atas anaknya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya
: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci
yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya”.
Ibu-bapa
juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim
supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan
perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya
: “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini
(kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia
akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di
belakangnya pula, Ia akan memandunya ke Neraka”.
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya
: “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu
ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
4. Menunaikan Perintah Allah
Kanak-kanak
pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu-bapanya
supaya menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya
perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan
Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji.
Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah
keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi
benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan
diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah
sepanjang masa.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya
: “Maka kendaklah kamu (ibu-bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga
kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya
(menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.
FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya
: “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah
berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka
sudah berumur sepuluh tahun”.
(Hadis Riwayat Hakim)
Sabdanya lagi
Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.
(Hadis Riwayat An-Nasaei)
5. Meninggalkan Larangan Allah
Setiap
ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan
perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini
bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari
dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan
bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak
dan ibu-bapanya ke arah api Neraka.
Firman Allah s.w.t. dalam surah At-Tahnim ayat 6 :
Maksudnya
: “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli
keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri
daripada manusia dan batu-batu”.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya
: “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan
suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi
larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu
dan api Neraka”.
Sahabat yang dihormati,
Di
dalam al-Qur'an terdapat satu surah yang bernama Surah Luqman. Surah
ini memaparkan satu kisah mengenai Luqman yang dikurniakan hikmah
kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah s.w.t., membanteras syrik,
mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela
yang merupakan tujuan utama mengapa al- Qur'an diturunkan.
Dalam Surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman, dimana tajuk ayat tersebut merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya. Dari ayat-ayat tersebut dapat diklasifikasi kepada tiga asas utama iaitu Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak.

Pertama : Asas Aqidah
Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.
Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.
Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."
(Surah Luqman ayat 13).
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana jiwa yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.
Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah ditanya, yang manakah dosa yang paling besar? Baginda menjawab : "Bahawa engkau jadikan bagi Allah penyerupaan, saingan atau persamaan sedangkan Dia menjadikan engkau."
Kedua : Asas Ibadah
Konsep ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta'abbudi yang dikenali seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ibadah mempunyai erti yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian sepenuhnya dan berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah. Hubungan ini sebenarnya yang menjadi asas utama pendidikan Islam pada keseluruhannya.
Ibadah dalam Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam dan makhluk Allah yang lain. Setiap perkara yang kita lakukan dan tinggalkan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya akan dikira sebagai beribadah kepada Allah s.w.t.
Solat adalah saluran utama hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Ia merupakan pancaran yang menghidupkan dan menyuburkan keimanan dalam hati, kerana dengan bersolat seorang akan mengingati Allah melalui segala bacaan yang dibaca sepanjang solat. Dalam solat seseorang akan mengingati hari akhirat, ingat kepada Rasul, Malaikat, seterusnya kepada kitab yang diturunkan kepada Rasul iaitu al-Qur'an. Solat juga dapat mencegah seseorang daripada mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa solat adalah manisfetasi daripada keimanan kepada perkara-perkara ghaib.
Daripada aspek kejiwaan, solat mendidik seseorang agar mencapai ketenangan jiwa, memberi kekuatan dalaman kepada seseorang untuk menempuh penderitaan hidup di dunia ini. Daripada aspek kesihatan, solat mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan, melatih badan supaya cergas dan aktif. Daripada aspek akhlak, solat dapat menyedarkan seseorang terhadap kesalahannya, dapat menghapuskan dosa, dapat mencegah seseorang daripada kemungkaran dan mendidik seseorang supaya berdisplin dengan waktu. Dan yang terakhir daripada aspek kemasyarakatan, solat melahirkan individu yang memiliki kemerdekaan jiwa, kemerdekaan dalam memberi teguran dan pandangan, memupuk persaudaraan dan melahirkan persamaan tanpa mengira pangkat kedudukan, harta kekayaan, mulia dan hina, tua dan muda. Semuanya sama dihadapan Allah.
Ketiga : Asas Akhlak
Misi Islam sebenarnya ialah pengarahan manusia supaya mencapai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur, yang sesuai dengan kemuliaan manusia. Islam sangat mementingkan budi pekerti untuk mewujudkan unsur-unsur kekuatan dan peribadi yang baik, yang akan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan di dunia serta keredhaan Allah di sebalik kehidupan sekarang ini. Dalam pendidikan Luqman asas ini ditekankan kepada beberapa perkara pokok iaitu :
1.Berbakti kepada kedua ibu bapa :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Kami wajibkan berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "(Surah Luqman ayat 14).
2.Bersifat sabar :
Firaman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang sangat-sangat di ambil berat untuk melakukannya." (Surah Luqman ayat 17).
3.Tidak takbur dan sombong :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman ayat 18)
Takbur ialah sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, samaada orang itu manusia atau jin. Sikap takbur inilah menyebabkan Iblis telah dilaknat oleh Allah s.w.t. dan akan dihumbankan kedalan api Neraka.
4.Kesederhanaan dalam semua perkara :
Kesederhanaan ini berlaku kepada keseluruhan sistem termasuk urusan ibadah. Seseorang Islam tidak digalakkan beribadah sehingga menyeksa diri sendiri kerana setiap diri itu ada hak yang mesti diberikan, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguh bagi tubuh badan ada haknya yang mesti kamu berikan kepadanya."
Begitu juga dalam urusan membelanjakan harta, Islam tidak menggalakkan umatnya supaya berbelanja secara berlebih-lebihan atau sebaliknya.
Apabila dilihat daripada aspek pengajaran, didapati bahawa Luqman al-Hakim mempunyai pendekatan tertentu tentang pendidikan anaknya.
Oleh itu sebagai individu Muslim Mukmin mempunyai tanggung jawab mendidik anak-anak dan juga generasi umat Islam hari ini maka ambillah contoh dan cara-cara yang dilaksanakan oleh Luqman yang diceritakan kisah beliau dalam al-Qur'an. Insya Allah dengan usha-usaha yang gigih dan berterusan yang kita jalankan akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah supaya mereka nanti akan mendo'akan kita apabila kita telah kembali bertemu dengan Allah s.w.t dialam barzakh.
Credit to "Cemerlang"

Dalam konteks pendidikan Luqman didapati dua aspek ditekankan iaitu:
Pertama : Sederhana sewaktu berjalan, firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Pertama : Sederhana sewaktu berjalan, firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan." (Surah Luqman ayat 19).
Kedua : Sederhana waktu bercakap., firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu suara keldai." (Surah Luqman ayat 19).
Apabila dilihat daripada aspek pengajaran, didapati bahawa Luqman al-Hakim mempunyai pendekatan tertentu tentang pendidikan anaknya.
Oleh itu sebagai individu Muslim Mukmin mempunyai tanggung jawab mendidik anak-anak dan juga generasi umat Islam hari ini maka ambillah contoh dan cara-cara yang dilaksanakan oleh Luqman yang diceritakan kisah beliau dalam al-Qur'an. Insya Allah dengan usha-usaha yang gigih dan berterusan yang kita jalankan akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah supaya mereka nanti akan mendo'akan kita apabila kita telah kembali bertemu dengan Allah s.w.t dialam barzakh.
Credit to "Cemerlang"
No comments:
Post a Comment