Thursday, November 22, 2012

Gencatan Senjata Hamas Dan Israel Diumumkan Di Kaherah



Selepas lapan hari, penduduk Gaza dibom Israel akhirnya gencatan senjata kedua-dua pihak diumumkan sebentar tadi di Kaherah Mesir dalam sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Hilarry Clinton dan Pengerusi Liga Arab Nabil El-Arabi. Ianya diumumkan pada pukul 7.30 malam  dan berkuatkuasa pada pukul 9.00 malam, Rabu hari yang sama waktu Gaza.

Bagaimanapun jumlah kematian meningkat di Gaza hari ini selepas puluhan serangan udara dilancarkan oleh Israel berikutan satu serangan ke atas bas awam di Tel Aviv hari ini. Gencatan senjata hasil usaha Presiden Mesir, Mohammed Morsi dilihat sebagai salah satu harapan untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dengan merundingkan proses gencatan senjata.

Mohammed, pada masa yang sama  berikrar untuk mengekalkan perjanjian damai antara Mesir dan Israel. "Mesir merupakan negara yang perlu memainkan peranan paling penting dalam konflik ini,” kata seorang profesor hubungan antarabangsa, Fawaz Gerges. “Setakat ini, Hamas cukup patuh dengan arahan (Mohammed) Morsi dan ini salah satu sebab Mesir merupakan negara paling penting untuk merungkaikan konflik,” katanya.

Presiden Israel, Shimon Peres turut memuji usaha Mohammed dan mengatakan beliau membuat satu kejutan yang menyenangkan. “Saya berharap beliau akan mengekalkan usaha dan meneruskan tugas ini kerana ia penting bagi negara Timur Tengah,” kata Peres. Mohammed mengambil alih jawatan presiden akhir Jun lalu. Mohammed turut mendapat tekanan daripada rakyatnya sendiri yang mendesak agar penjanjian damai bersama Israel dihentikan.-22/11/2012

No comments:

Post a Comment