[SEKITAR PROSES PERUNDINGAN HAMAS DAN ISRAEL]
1. Dalam isu Palestin dan israel, Mesir sejak sekian lama menjadi orang tengah
2. Ahad lepas, pemimpin tertinggi tentera israel telah datang ke Kaherah untuk berunding dengan Mesir berkaitan isu serangan terhadap Gaza. Buat pertama kalinya, pihak israel membawa pulang 3 syarat untuk berlakunya sebarang gencatan senjata dgn pihak Hamas. Sejam selepas
kepulangannya ke Tel Aviv, berlaku
serangan paling sengit yg mengorbankan 26 syuhada', 12 darinya datang daripada
satu keluarga, separuh dari jumlah tersebut terdiri daripada kanak-kanak dan
wanita . Serangan ini dilancarkan kerana israel amat marah dgn syarat yg
dikenakan oleh Hamas di samping melihat keupayaan Hamas memaksakan ketakutan kepada
rakyat israel yang mendiami Tel Aviv, Quds, Heifa, Iliyat dan menjadikan
bandar-bandar ini ibarat neraka bagi mereka dan menghancurkan ekonomi israel.
3. Perunding Hamas iaitu Khaled Masy' al dan Ramadhan Shalah telah meletakkan tiga syarat ini dalam pertemuan dengan Presiden Mursi, pengarah Perisikan Mesir dan Turki, dan Amir/ Raja Qatar. 3 Syarat ini disampaikan kepada wakil perunding israel melalui perunding Mesir( Perisikan Mesir)
A. Jaminan antarabangsa daripada Amerika dan negara Barat untuk tidak berlaku lagi sebarang serangan ke atas Gaza selepas ini dan tidak mengulangi lagi kedurjanaan Israel ini. Ianya juga tidak sekadar gencatan senjata dalam masa terdekat ini.
B. Menghentikan tindakan membunuh pemimpin/ rakyat Palestin oleh israel.
C. Menamatkan kepungan terhadap Gaza dan membuka semua pintu masuk ke Gaza.
Manakala perunding israel hanya meminta satu permintaan sahaja iaitu menghentikan serangan peluru berpandu Hamas dan israel akan menghentikan serangan udara.
Israel juga sebenarnya takut untuk melakukan serangan darat dengan memasuki Gaza kerana bimbang tentang keselamatan tentera mereka bila memasuki kawasan Gaza ( ditawan dan sebagainya). Ini diungkapkan oleh ketua mereka secara terang-terangan "tiada cadangan untuk menawan Gaza atau sebarang serangan darat"
Semoga Gaza dilindungi Allah melalui tangan-tangan mujahidin Qassam dan bantuan berbagai bentuk daripada seluruh dunia termasuk daripada kita semua.
Rujukan :
Makalah Muhammad Jamal Arafah, Akhbar Hurriyah|Selasa|20 November 2012

No comments:
Post a Comment