Pastinya anda
masih ingat kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT
untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala
tenteranya. Menjadikan kejadian itu sebagai ilham serta pedoman
kepada seluruh umat manusia, sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan
Nabi Musa’ telah dibina di Belanda. Jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort De Roovere yang direka oleh Arkitek RO & AD.
Jambatan ini
dibina sedemikian untuk memelihara pemandangan serta tidak
mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut. Kayu
Akoya diguna sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu
bertahan lama apabila direndam di dalam air jika dibandingkan dengan
kayu jenis lain. Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah
pengunjung ke kubu lama berkenaan.
Cuma saya terfikir, adakah jambatan ini dapat bertahan ketika hujan lebat. Tapi bila di renungkan semula, pastinya ada saluran di lantai jambatan untuk menyalurkan air keluar jika hujan. Tentu masalah ini telah di kaji dengan teliti oleh para arkitek.
No comments:
Post a Comment