Biasanya laut yang berwarna biru. Tentu anda tidak pernah lihat sungai berwarna biru. Sungai ini yang dikenali sebagai ‘The Celeste’ terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru. Ianya berlaku disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini. Dikatakan juga fenomena ini mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Yang pasti, semua ini tidak akan berlaku tanpa keizinanNYA. Satu pemandangan yang indah dapat kita lihat bersama.
No comments:
Post a Comment