Wednesday, November 21, 2012

Briged Al-Qassam (Barisan Pejuang Bersenjata Palestin)

Briged Izzuddin Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr.Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi. Iz Adin Al Qassam 225x300 Briged Al-Qassam Generasi muda perindu syahid...

Sheikh Izzuddin Al-Qassam

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged Al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.



Antara MINIMUM requirement untuk menjadi ahli Briged Al-Qassam di Palestin adalah : 
6 bulan sembahyang SUBUH BERJEMAAH (tidak tinggal). Dan selepas tu baru dia akan DIPERTIMBANGKAN oleh Imam masjid itu samaada mereka boleh memulakan latihan untuk menjadi anggota Briged Al-Qassam... Inilah rahsia kekuatan dan kehebatan mereka... ALLAHUAKBAR.

Sesungguhnya inilah yang musuh Islam sangat takut. Melihat masjid penuh dengan jemaah apatah lagi solat SUBUH. Kenapa Muslim sangat lemah hari ni?... Jawapannya : sebab masjid kosong waktu subuh.
Mohon kepada muslimin terutamanya, penuhkanlah masjid (berjemaah) terutama SOLAT SUBUH.. Itu sahaja yang akan menakutkan musuh dan kita akan kembali kuat. InsyaAllah...


 Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah 4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid


Objektif penubuhan Al-Qassam :

Objektif utama penubuhan Al-Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.


Mereka mempunyai ahli batalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah Al-Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged Al-Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.


No comments:

Post a Comment