Antara tips cinta suami isteri ♥
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE YOU sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.
5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
6. Salamlah tangan suami dan saling bermaafan sebelum tidur agar hari esok dapat dimulakan tanpa ada kemarahan, ketidakpuasan hati dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment