Ia kelihatan seperti ekstremitas seorang lelaki gergasi yang telah dikebumikan oleh ribut pasir monumental. Tangan gergasi ini terletak di kawasan tandus Gurun Atacama di Chili, 75 km ke selatan bandar Antofagasta. Dibina pada awal 1980-an oleh Irarrazabal Mario iaitu seorang pembuat arca yang terkenal. Ia telah dibiayai oleh organisasi penggalak tempatan yang dipanggil CorporaciĆ³n Pro Antofagasta. Ianya setinggi 11 meter. Satu ciptaan dan seni yang pelik dan tidak dijangka mendapat perhatian. Lima jari yang seolah muncul dari gurun dan ianya menghala ke langit biru. Tangan gergasi yang mistik ini tentu saja tidak dibuat daripada daging dan tulang, tetapi ianya dibuat daripada batu. Tangan ini dikenali sebagai "Mano de Desierto" atau "Tangan Gurun". Ianya adalah secebis seni yang pelik dan mendapat perhatian pelancong.
No comments:
Post a Comment