Saturday, November 3, 2012

Istana Mysore, Karnataka, India


Istana Mysore atau Istana Maharaja Mysore adalah adalah salah satu monumen terbesar dan terhebat di negara India. Istana ini pada mulanya di bina oleh raja-raja Wodeyar dalam abad ke-14. 

Malangnya, kerana ianya di buat daripada kayu, ia telah terbakar pada tahun 1897 semasa majlis perkahwinan di raja. Istana ini telah dibaik pulih pada tahun 1897 dan siap sepenuhnya pada tahun 1912. Direka oleh arkitek terkenal British, Henry Irwin. Istana ini di bina untuk kediaman Raja Wodeyar ke 24 yakni Maharaja Negeri Mysore, Karnataka, India.

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar disini. Jika melanggar peraturan tersebut, anda tentu saja akan di halau oleh pengawal yang bertugas.

Terdapat sekitar 27 ruang penting tempat kekayaan istana dipamerkan. Sebahagian dari istana ini merupakan muzium kerajaan yang menampilkan replika kehidupan dinasti pada masa itu, serta salasilah keluarga kerajaan dipaparkan begitu jelas. Anda tidak akan bosan menikmati bagaimana indahnya seni ukir dan lukisan di setiap bumbung (kubah) dan tiang-tiang istana.

Keistimewaan lain dari kemegahan istana ini masih dapat anda saksikan hingga malam hari, ketika langit sudah gelap. Saat itulah istana ini akan mulai memancarkan cahaya kuning keemasan dari lampu-lampu hias yang memenuhi setiap sisi bangunan istana. Hampir setiap malam lampu-lampu ini dinyalakan dan ianya sudah semestinya sangat indah di pandang.


No comments:

Post a Comment