Wednesday, November 14, 2012

Terusan Corinth Di Greece

Terusan ini siap dibina pada tahun 1893, dan secara efektif telah menjadikan Semenanjung Peloponnese sebagai sebuah pulau.

 
Terusan ini sama seperti Terusan Panama tetapi pada skala yang lebih kecil. Terusan Corinth terletak diantara Teluk Corinth dan Teluk Saronic. Ia di bina untuk menjimatkan masa perjalanan kapal-kapal laut kerana dengan menggunakan terusan ini perjalanan menjadi pendek untuk ke barat dari Athens dan pelabuhan Piraeus, iaitu pelabuhan terbesar dan paling penting di Greece.



Terusan ini adalah terusan yang mengagumkan. Ianya sepanjang 6 km panjang. Kiri dan kanannya adalah semata-mata berdinding saluran, dipotong melalui batu pepejal di bahagian tanah sempit Segenting Corinth, menghubungkan Aegean dan Laut Ionia. Kapal-kapal besar ditarik melalui terusan ini oleh bot tunda berkuasa tinggi.




No comments:

Post a Comment