Tasik Hillier, adalah sebuah tasik di tengah Island di Australia Barat., dimana pulau-pulau kecil yang membentuk Kepulauan Recherche. Ianya sekitar 105 pulau kesemuanya. Apa yang menarik tentang tasik ini ialah ia bewarna merah jambu dan sering mendapat perhatian penumpang kapal terbang.
Warnanya adalah kekal, kerana ia tidak berubah walaupun air itu diambil dan disikan di dalam bekas. Panjang tasik ini adalah kira-kira 600 meter. Satu jalur sempit tanah yang terdiri daripada pasir yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan memisahkan ia dari laut. Tasik ini dikelilingi oleh rim garam putih dan hutan tebal Paperbark dan pokok Eucalypt dengan gumuk pasir yang memisahkan tasik dari Lautan Selatan ke utara.
Punca tasik ini bewarna merah jambu masih di siasat oleh para saintis dan sehingga kini masih tidak menemui jawapan. Walau bagaimanapun, penjelasan yang paling munasabah mengikut sesetengah saintis ialah ianya melibatkan kepekatan rendah nutrien dan pertumbuhan Dunaliella salina & Halobacterium. Tasik ini adalah salah satu keajaiban alam semula jadi Australia.
No comments:
Post a Comment