Tuesday, November 13, 2012

Lebuhraya Melalui Bangunan Di Jepun (Hanshin Expressway)

Bangunan 'Gate Tower' adalah sebuah bangunan pejabat 16-tingkat terletak di Fukushima-Ku, Osaka, Jepun. Dan apa yang membuatkan ia istimewa ialah lebuhraya yang melalui tingkat 5-7 bangunan ini.

Lebuhraya ini adalah sebahagian daripada Hanshin Expressway, iaitu sebuah rangkaian (239,3 km) lebuhraya sekitar Osaka, Kobe dan Kyoto, Jepun. Bangunan Gate Tower adalah bangunan pertama Jepun yang mempunyai  "highway pass through". Dan ia telah digelar sebagai "sarang lebah" merujuk kepada penampilannya sebagai "tempat sibuk".

Lif tidak berhenti di tingkat 5-7, tingkat 4 diikuti oleh tingkat 8. Tingkat-tingkat  ini terdiri daripada lif, tangga, jentera dan lain-lain. Lebuhraya ini melalui bangunan sebagai jambatan.

Bangunan ini mempunyai teras pembinaan berkembar dengan bahagian membulat. Penjagaan khas diambil dengan menyediakan struktur dikelilingi lebuhraya untuk melindungi bangunan dari bunyi dan getaran.

Secara umumnya lebuhraya ini sepatutnya dibina di bawah tanah, dan melalui bangunan adalah satu perkara yang amat jarang berlaku. Ia bermula sejak tahun 1983, apabila pembangunan semula kawasan ini telah diputuskan, permohonan permit membina bangunan di kawasan ini telah ditolak kerana lebuhraya telah dirancang akan dibina di atas tanah ini.

Namun pemegang harta enggan berputus asa, dan berunding dengan perbadanan Hanshin Expressway selama kira-kira 5 tahun untuk mencapai penyelesaian. Dan akhirnya terbinalah lebuhraya yang melalui bangunan ini.



No comments:

Post a Comment