Seorang budak kecil di Kemboja, yang dikenali sebagai Tha Sophat berusia 20 bulan menjalani kehidupan
yang menyedihkan. Disebabkan kesempitan hidup, ibunya telah ke luar negara untuk mencari rezeki. Tinggallah Tha Sophat bersama dengan datuknya. Dia tidak merasakan belaian dan kasih sayang daripada ibunya. Tha Sophat sering melihat anak lembu datuknya menyusu. Akhirnya dia mengikut jejak langkah anak lembu itu dan menumpang menyusu. Pertama kali datuknya melihat anak kecil itu menyusu lembu itu, Oeung menarik
cucunya dan melarangnya. Tapi lama kelamaan, datuk itu terpaksa pasrah
kerana cucunya tidak mahu berhenti dengan tabiatnya. Lembu itu pula harus dipuji kerana membenarkan anak kecil ini menyusu. Betapa haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang. Kesian dengan nasib Tha Sophat, selain menyusu, dia juga menumpang kasih sayang daripada seekor lembu.
No comments:
Post a Comment