Thursday, November 22, 2012

Tanah Palestin Yang Hilang Dari Tahun 1946 hingga 2000

Yahudi memang dilahirkan sebagai orang yang melanggar perintah Allah. Maka itu Yahudi tidak  mempunyai negara sendiri (Sebelum wujudnya Al-Quran). Dan tidak hairanlah Yahudi inginkan Palestin kerana mereka mahukan Tapak Masjid Aqsa. kerana disitu akan bermulanya Dajal Al Masih (Paksi Kejahatan) yang dipertahankan Islam. Buktinya mudah. Tanah Palestine di rampas sedikit demi sedikit dan kian menghampiri Masjid Aqsa. Ini salah satu lagi bukti kezaliman Yahudi. Kita dapat lihat dengan jelas melalui peta dibawah.


Kita kongsi bersama, renungan yang diberikan oleh saudara Hakim Najili :

MENGAPA ISRAEL TIDAK SERANG MALAYSIA?


1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya perhatian yang pihak zionis cuba lakukan. Gaza itu besarnya dari Utara ke Selatan, 40km (sama seperti jarak Kuala Lumpur - Shah Alam) Timur ke Barat 7km (sama seperti jarak Cheras - KLCC). Penduduknya adalah seramai 1.4 Juta orang (di kawasan Gaza sahaja). Tanah Palestin terpecah-pecah antara satu sama lain.

2. Kalau dilihat dari peta Palestin sekarang, kenapa tanah itu terpecah-pecah? Mengapa pihak Zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambil, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi, kesimpulan adalah ringkas, pihak Zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu. Jika bersatu, mungkin dengan mudah Israel akan boleh ditawan semula.

4. Sebenarnya, kalau hendak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja iaitu hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut. Mereka menyerang tempat-tempat di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, seperti dirumah. Persoalannya ialah KENAPA? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?

5. Sebenarnya, Israel mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam. Di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam facebook dan sebagainya. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, hendak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasi campur tapi nasi campur tiada drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung dan sebagainya, hendak order pun 10 minit kena tunggu untuk di goreng. Saya juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan PC yang processornya adalah INTEL. INTEL memang ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang dan Kulim. Kedah. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Siapa yang tidak pernah makan Kit Kat?, air yogurt Nestle?, apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak saya pun pakai Johnson & Johnson.

7. Secara am nya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya adalah milik ISRAEL. Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah contoh kita nak buat perniagaan tiru coffee bean, belum apa-apa, baru nak set-up kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh,. Macam mana nak buat branch dibanyak negara sedangkan satu kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut?

8. Tengok orang disana (Gaza) berperang, kita di sini pun berperang juga. Bezanya sana berperang, memang betul-betul berperang dengan musuh. Kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot?, kenapa perlu derma?, ada yang kata derma bermusim. Sebab itulah ianya menjawab tajuk post ini "MENGAPA ISRAEL TIDAK SERANG MALAYSIA?'.  Jawapannya, buat apa Israel nak serang kita, sebab mereka tak buat apa-apa pun kita dah pun berperang sesama sendiri. Lagipun mereka dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara-saudara kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan-kawan kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma. Ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo. Ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa. Sekurang-kurangnya masing-masing cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tu, kalau tengok di tv, ada orang-orang muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Jika batu tu kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar pun bunyinya. Tapi mereka semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadian ini juga adalah isyarat daripada ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana-mana kampung, lihat di kampung tu katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran tersebut. Yang ni orang Tok Sidang, yang ni orang Penghulu, tak ngam dengan Tok Sidang. Yang Tok Sidang punya geng tak ngam pula dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan-jabatan kerajaan pula, tiap-tiap hari Khamis pakai baju batik. Ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah pengalaman saya yang paling mahal semasa berkhidmat sebagai Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu).

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil daripada doa-doa umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid-masjid masa solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan untuk rakyat Palestin. Tempat israk mikraj tu kan.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadi baik. Asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yang ada tu akan mula beredar perlahan-lahan. Bersolat bukan sekadar bersolat. Bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' Quran baru nak sampaikan benda yang baik. Tentu kita pernah dengar orang berkata, "Sampaikanlah walaupun satu ayat", Sekurang-kurangnya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan. Cuba kita tengok page Sham Kamikaze, hari-hari dia post pasal kelebihan solat dhuha. Tiap-tiap waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, kenapa dia buat selalu post macam tu? Sebab dia ambil 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dapat berjemaah subuh esok. Telahpun  dikhabarkan, bahawa 'mereka' iaitu Yahudi hanya akan takut kalau jemaah solat subuh kita sama ramai dengan solat Jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat Palestin yang menyebabkan Zionis takut kerana jemaah subuh mereka.

No comments:

Post a Comment