Monday, May 20, 2013

Justin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang



Justin Bieber seorang remaja miskin yang tiba-tiba menjadi popular seluruh dunia yang menyebabkannya dirinya tergolong dalam golongan selebriti popular yang mempunyai paling ramai haters. Apapun tindakan bijak penyanyi pop remaja paling popular ini yang menghentikan seketika konsert’nya ketika azan berkumandang di Istanbul, Turkey baru-baru ini mendapat pujian daripada peminatnya kerana dia disifatkan sebagai seorang yang sensitif dan peka terhadap asas kehidupan di negara itu.

Sebelum ini, Bieber banyak menimbulkan masalah sepanjang konsert jelajahnya. Antaranya polis menjumpai dadah jenis Marijuana dan sepucuk senjata elektrik dalam sebuah bas jelajah penyanyi itu di Stockholm, Sweden dan monyet peliharannya telah dirampas pegawai kastam Jerman setelah dia gagal menunjukkan dokumen kesihatan monyet yang diberi nama Mally itu.

Apapun tahniah Bieber atas sikap menghormati agama dan budaya sesebuah negara lain yang di kunjungi.

No comments:

Post a Comment