Monday, May 6, 2013

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Undur Diri Sebagai Menteri Besar Kelantan

 
KOTA BARU : 6hb Mei 2013, Kelantan akan mempunyai Menteri Besar yang baru untuk kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

Ini berikutan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82, tidak akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan petang ini.
Tempat beliau dijangka akan digantikan oleh Datuk Ahmad Yakcop yang juga ADUN Pasir Pekan, Tumpat.

Timbalan Menteri Besar baru pula adalah Timbalan Pesuruhjaya II PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Ketika dihubungi, Nik Mohd Amar mengesahkan bahawa kerajaan mungkin akan mempunyai Menteri Besar baru untuk kali pertama dalam 22 tahun.

Nik Aziz dikatakan semakin kurang sihat akibat usia beliau dan telah dinasihatkan untuk berehat.

PAS mengekalkan Kelantan apabila calon-calonnya memenangi 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandigkan dalam pilihan raya umum ke-13 semalam.

Beliau bagaimanapun dijangka akan kekal sebagai penasihat parti.

No comments:

Post a Comment