Thursday, February 14, 2013

Pokok Anggur Brazil - Jabuticaba (6 gambar)

Pokok yang unik ini boleh didapati di Brazil. Penduduk tempatan menggelarkannya sebagai "Pokok Anggur Brazil" (juga dikenali sebagai Jabuticaba). Keunikkannya ialah buahnya berputik dan keluar melalui batang pokok.
Pokok ini memerlukan masa bertahun-tahun untuk menjadi matang dan ia akan berbuah pada musim panas. Buahnya boleh dimakan terus dari batang dan pokok anggur ini adalah amat produktif.  Selain daripada rasanya yang manis, dan boleh di makan secara mentah, buah ini juga diproses menjadi pati minuman, jeli dan juga arak. Selain itu, ia juga digunakan dalam bidang perubatan. Penyelidik sedang mengkaji samada buah ini boleh digunakan dalam usaha menentang penyakit barah.

1 comment: