KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100
Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi
berpisah di bank dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun, 4
bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam
dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan
orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan
pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus
disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di
kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku
selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku
selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim
piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku
tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil
pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan
bukanlah untuk kesombongan.
Kredit : Khaidir Ahmad.
No comments:
Post a Comment