Thursday, February 28, 2013

Gambar Membaca Al-Quran Dimana Saja (3 gambar)


Gambar Seorang Datuk Menyelamatkan Kucing Dan Angsanya Ketika Banjir


Pekerja Cacat

Tiada tangan... tapi masih mahu berusaha untuk bekerja demi sesuap nasi untuk keluarganya... tidak mengemis, tidak meminta-minta... Subhanallah...
 

Tujuh Kalimah Agung

TUJUH KALIMAH AGUNG :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Dialah Allah Satu-Satunya


Kristian berkata : Kita mempunyai 3 tuhan.
Hindu berkata : Kita mempunyai 360,000 + Dewa.
Islam menjawab : Kami mempunyai 1 Tuhan.

Kristian & Hindu berkata : Mana kamu tahu? Dimana ada menyatakan Tuhan hanya SATU?

Islam menjawab : Dinyatakan di dalam Al-Quran,
"Kulhuallahuahad" - Katakanlah Dialah Allah satu-satunya.
(Surah Al-Ikhlas).

♥ DIA yang menciptakan kamu dan saya ♥

Pemandangan Kaabah Ketika Matahari Terbenam

Subhanallah.

Kasih Ibu Cacat (2 gambar)

Kasih Ibu memang tiada nilainya.


Gambar Kreatif Bayi Mandi Di Tapak Tangan


Lembu Duduk Atas Kereta


Koleksi Gambar Kucing Lucu (17 gambar)


Wednesday, February 27, 2013

Gambar Harimau Yang Comel Dan Manja (3 gambar)

Pandainya harimau ni posing kan... hehe... manja nampaknya... so sweet... :)

Kalimah Allah Di Jagung


Kuda Belang Berwarna Keemasan

Lahir di Pulau Moloka`i, Hawaii, Zoe adalah satu-satunya kuda belang berwarna putih keemasan yang diketahui kewujudannya di dunia ini.

Subhanallah... indahnya ciptaan Allah...

Nasi Goreng Pataya Yang Kreatif

Jemput makan semua... :)

Duduk Antara Dua Sujud

BESARNYA makna DO'A YANG KITA LUPAKAN
(duduk antara dua sujud)...

Setiap hari kita memohon didalam solat kita ..... tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.... sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini ..... Marilah kita mulai menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.....dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.

Rabbighfirlii ( Tuhanku, ampuni aku ) ...... diamlah sejenak, buka jiwa dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan kesejukan akan kasih sayang Allah pada kita..
rasakan dengan penuh ketenangan,kemudian sampaikanlah permintaan kedua......

Warhamni ( sayangi aku )
diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya .... bukalah hati kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima .... lanjutkan berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu- persatu ......

Wajburnii ( tutuplah aib-aibku )
Warfa'nii ( angkatlah derajatku )
Warzuqnii ( berilah aku rezeki )
Wahdinii ( berilah aku petunjuk )
Wa'Aafinii ( sihatkan aku ) ... Wa'fuannii ( maafkan aku )...

Betapa besarnya nilai sebuah do'a ini. Semoga bermanfaat...

Kehebatan Doa

KEHEBATAN DOA :

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

#Pelajaran dari kisah di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita.

Kisah Wang Kertas Rm1 Dan Rm100

 KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.
Kredit : Khaidir Ahmad.

Gambar Solat Dalam Salji

Bertugas membersihkan jalan dalam ribut salji, namun bila tiba waktu, beliau tetap solat... Subhanallah, betapa hebat keimanannya...

Semoga ditempatkan di Syurga bersama mereka yang soleh dan solehah... aamiin..

Gambar Kolam Ikan Keli Di Karnataka, India


Gambar Solat Dalam Air


Gubahan Buah-Buahan Kreatif


Pokok Yang Di Bentuk Menjadi Tembikai


Awan membentuk jari telunjuk ketika tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir.

Subhanallah... Maha Suci Allah...

Kalimah Allah Di Terung (4 gambar)

Gambar 4 biji terung yang berasingan.







Kalimah Allah Di Buah Kelapa


Kembar 4 Yang Unik

Di Shenzhen, China, ibu-bapa kanak-kanak kembar empat berusia 6 tahun ini mencukur rambut anak mereka kepada corak nombor 1, 2, 3 dan 4 bagi memudahkan rakan sekelas dan guru mengenali anak mereka... Ini macam pun ada kan??... Hehehe...

Gambar Tentera Membaca Al-Quran (2 gambar)

Waktu istirehatnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran... Subhanallah...