Thursday, January 17, 2013

Sultan Brunei Yang Berhati Mulia

Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negara yang rakyat kebanyakannya dalam kalangan mereka yang berada.

Apa yang menyentak fikiran saya ialah setelah mendengar satu kuliah maghrib di sebuah masjid berkenaan Sultan Brunei yang suka kepada dakwah dan penyebaran Islam.

Antaran ceritanya ialah:

~Ramai dijemput Ustaz daripada Malaysia untuk mengajar agama di madrasah yang baru ditubuhkan di sana bagi menyebarkan ajaran Islam kepada rakyatnya.

~Hampir keseluruhan orang Asli di sana memeluk Islam hasil usaha Sultan ini. Mana tidaknya, cuba anda bayangkan seorang Sultan sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat biasa dalam program dakwah dan mengajak mereka memeluk Islam. Sudah tentu mereka sangat mudah bersetuju untuk memeluk Islam memandangkan reputasi Sultan ini dimata rakyat jelata sangat baik.

~Oleh kerana dana untuk dakwah di sana disalurkan daripada duit kerajaan maka aktiviti dakwah berlaku dengan sangat rancak.

~Hebatnya pemahaman agama Sultan Brunei boleh dilihat melalui titahnya berkenaan hukum Hudud: “WHO ARE WE, in the presence of Allah (SWT), to say ‘no or wait’; considering that (Islamic) law was not only formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years.”

~Ustaz itu juga ada menyebut yang Sultan Brunei boleh terima akan nasihat Mufti tanpa marah. Malahan membenarkan Mufti menegur dan mengajar agama kepada menteri yang nampak kurang amalan agamanya.

Jadi tidak hairanlah kalau negara mereka dilimpahi kekayaan sumber rezeki jika ini sikap dan cara hidup mereka dengan Pencipta.

No comments:

Post a Comment