Thursday, January 31, 2013
Persediaan Merobohkan Masjidil Aqsa Untuk Pembinaan Kuil Yahudi
JERITAN AL-AQSA...
Projek raksasa pembinaan Maabad Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjidil Aqsa kini bukan gurauan lagi. Mereka benar-benar sudah bersedia untuk meruntuhkan terus Masjidil Aqsa. Mereka kini sudah menerbitkan filem mempromosikan projek ini dengan memaparkan info secara terperinci.
Dipaparkan pakaian rasmi yg akan dipakaikan kepada kahanah (imam-imam mereka), tukang kebun dan jenis-jenis pisau yang akan digunakan untuk ibadah qurban di situ.
Bahkan mereka juga sudah membuat Syam'adan (mohor Yahudi) yang dibuat daripada 45kg emas tulin dan diletakkan di dalam kubah kaca serta tertulis padanya ayat dalam bahasa Arab dan Jews: "في هذه الأيام سنقوم بهدم المبنى الذي أقامه العرب على قدس الأقداس وسنعيد بناء قدس الأقداس وسنضع الشمعدان مكان القبة الصخرة".
Bermaksud, "Pada hari-hari ini, kami akan meruntuhkan binaan yang didirikan oleh orang Arab di atas tapak yang sangat suci ini dan kami akan bina semula bangunan suci serta kami pacakkan Syam'adan di atas tapak Qubbatus Sakhrah."
Rujukan : http://www.palinfo.com/site/pic/newsdetails.aspx?itemid=129017
Labels:
ISU SEMASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment