Thursday, January 31, 2013
Persediaan Merobohkan Masjidil Aqsa Untuk Pembinaan Kuil Yahudi
JERITAN AL-AQSA...
Projek raksasa pembinaan Maabad Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjidil Aqsa kini bukan gurauan lagi. Mereka benar-benar sudah bersedia untuk meruntuhkan terus Masjidil Aqsa. Mereka kini sudah menerbitkan filem mempromosikan projek ini dengan memaparkan info secara terperinci.
Dipaparkan pakaian rasmi yg akan dipakaikan kepada kahanah (imam-imam mereka), tukang kebun dan jenis-jenis pisau yang akan digunakan untuk ibadah qurban di situ.
Bahkan mereka juga sudah membuat Syam'adan (mohor Yahudi) yang dibuat daripada 45kg emas tulin dan diletakkan di dalam kubah kaca serta tertulis padanya ayat dalam bahasa Arab dan Jews: "في هذه الأيام سنقوم بهدم المبنى الذي أقامه العرب على قدس الأقداس وسنعيد بناء قدس الأقداس وسنضع الشمعدان مكان القبة الصخرة".
Bermaksud, "Pada hari-hari ini, kami akan meruntuhkan binaan yang didirikan oleh orang Arab di atas tapak yang sangat suci ini dan kami akan bina semula bangunan suci serta kami pacakkan Syam'adan di atas tapak Qubbatus Sakhrah."
Rujukan : http://www.palinfo.com/site/pic/newsdetails.aspx?itemid=129017
Tateyama-Kurobe Alpine Route - Jalan Yang Bahaya Di Jepun
Petai Dan Buah-Buahan Tempatan Sebagai Hantaran Kawin
Memandangkan kos kahwin yang semakin meningkat, boleh gunakan idea seperti ini. Hehe... walaupun nampak seperti lucu, tapi ianya idea yang bagus juga yea... jimat kos... jom cuba... :)
Terowong Salji Bercahaya Di Rusia
Gambar yang hebat ini di ambil oleh Michael Zelensky. Kita dapat lihat pintu masuk ke terowong salji yang menakjubkan yang hampir 1 kilometer panjangnya. Michael berkata, terowong ini terletak di bawah timbunan salji. Rupa-rupanya ianya agak dekat dengan Volcano Mutnovsky berdekatan di Selatan Kamchatka, Rusia. Orang yang memegang obor tersebut memberikan sentuhan cahaya bagi membantu untuk menerangi tekstur hebat terowong salji. Mujur haba dari obor tersebut tidak meletakkan mereka dalam risiko untuk menghadapi masalah dengan mana-mana jenis keruntuhan terowong.
Wednesday, January 30, 2013
Rumah Piano Di Anhui, China
Rumah Piano atau lebih di kenali sebagai "Piano House" terletak di Bandar Huainan, Satu Hui Province, China. Ia mengandungi biola jernih dan sebuah bangunan berbentuk piano. Di dalam biola, terdapat tangga ke arah piano di tingkat atas rumah.
Bangunan ini dibina khas bagi pencinta muzik untuk meningkatkan prestasi dan juga dijadikan tempat latihan kepada pelajar-pelajar muzik dari kolej tempatan di Huainan City, Timur China. Ia juga memaparkan perancangan bandar dan pelbagai prospek pembangunan dalam usaha untuk menarik minat ke kawasan baru yang dibangunkan.
Kalimah Allah Di Langit (9 gambar)
9 GAMBAR DI LOKASI YANG BERLAINAN.
(Langit Di Puncak Gunung Lembu, Langkawi, Indonesia).
(Langit Di Pantai Beserah, Kuantan Pahang).
(Langit Di Kolej Taming Sari UITM Johor).
(Langit Di Utara Kashmir, India).
Naser Al-Sebai - Pemain Persib Bandung Yang Taat Perintah Allah
Pemain Persib Bandung yang berasal daripada
Syria, Naser Al-Sebai melaksanakan ibadah solat Asar di gelanggang
futsal ketika menjalani latihan setelah mendengar Azan yang berkumandang
. Dengan menggunakan pakaian bolasepak yang lengkap dan menyarung baju latihan untuk menutup kakinya , Naser terus bertanya akan arah kiblat kepada rakan-rakannya.
Naser merupakan pemain bolasepak muslim yang taat. Beliau tidak mahu menangguhkan waktu solatnya kerana mengetahui bahawa beliau akan menghabiskan waktu yang cukup lama untuk kembali ke kediamannya dari tempat latihan.
Ini bukan kali pertama bagi pemain yang bernombor 4 itu memperlihatkan sikapnya sebagai seorang muslim. Dalam sesi latihan mahupun pertandingan, beliau selalu duduk sekiranya ingin minum air.Ini merupakan sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh kita sebagai umat islam sebagaimana tatacara minum islam serta penegasan disiplin dalam menjalankan kewajipan ibadah lima waktu.
Naser merupakan pemain bolasepak muslim yang taat. Beliau tidak mahu menangguhkan waktu solatnya kerana mengetahui bahawa beliau akan menghabiskan waktu yang cukup lama untuk kembali ke kediamannya dari tempat latihan.
Ini bukan kali pertama bagi pemain yang bernombor 4 itu memperlihatkan sikapnya sebagai seorang muslim. Dalam sesi latihan mahupun pertandingan, beliau selalu duduk sekiranya ingin minum air.Ini merupakan sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh kita sebagai umat islam sebagaimana tatacara minum islam serta penegasan disiplin dalam menjalankan kewajipan ibadah lima waktu.
Rahsia Tasyahud (Tahiyyat) Awal Dan Akhir
Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..
Tuesday, January 22, 2013
Kalimah Allah Di Badan Ikan. (2 gambar)
(Ini ikan Oscar yang dimiliki oleh Encik Mahmood Ghulam Patel).
(Yang ini pula tidak pasti siapa pemiliknya).
Subscribe to:
Posts (Atom)