Monday, September 30, 2013

Cara Mensucikan Diri Setelah Melakukan Zina.


Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, merahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir menitiskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, "Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu."

Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW:

Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina.
Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah susuinya, kembalilah kepadaku.

Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi ke rumahnya.

Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah fikiran. Dia datang kembali kepada Rasulullah untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai Rasulullah, aku telah susuinya, maka sucikanlah aku!

Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, "Siapa yang mahu menjaga dan membela anak ini, maka dia adalah temanku di syurga."

Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam. Setelah wanita tersebut meninggal, baginda pun sembahyangkannya.

Melihat hal tersebut, Umar Bin Khatab merasa sangat hairan sekali. Beliau berkata: Engkau sembahyangkannya wahai Nabi Allah, sesungguhnya dia telah berzina!.

Rasulullah kembali bersabda: Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad)

Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua.

No comments:

Post a Comment