Monday, September 30, 2013

Harimau Bugal Yang Boleh Bertahan Lama Didalam Air.

Harimau bengal.... berusia 6 tahun... boleh bertahan lama di dalam air... menakjubkan.


Renungan Bergambar.



Nilai Sebuah Perasaan Sayang.


Kalau kita benar-benar sayang kepada seseorang : 

★Buatkan dia tersenyum, bukan membuatnya menangis.

★Buatkan dia bahagia, bukan membuatnya bersedih.

★Buatkan dia mulia, bukan menjerumuskannya ke dalam dosa.

★Buatkan dia berpegang teguh pada Agama, bukan menjauhkannya.

★Buatkan dia merasa nyaman saat bersama, bukan membuatnya marah.

★Buatkan dia tenteram jiwanya, bukan menyeksa batinnya.

★Buat dia semangat hidupnya, bukan membuatnya putus asa.

YA ALLAH... permudahkanlah dan berkatilah kehidupan kami... Aamin Ya Rabbal Alamin.

Pokok Yang Dibentuk Menjadi 7 Orang Kerdil.



Sebuah taman yang indah dimana pokok-pokoknya dibentuk menjadi 7 orang kerdil. Satu rekaan yang sangat unik dan kreatif.

2 Cara Memilih Jodoh.


2 CARA MEMILIH JODOH.

Pertama :
Jadilah orang yang baik, insyaallah kita akan mendapat jodoh yang baik. (Qs.An-Nur:26).

Kedua : 
Akur dengan pandangan dan pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Prinsip jodoh itu :
Berikanlah yang terbaik untuk Allah, maka Allah akan berikan yang terbaik untukmu. Cintailah Allah sesungguh-sungguhnya maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu kerana Allah. (Qs. 3:33).

Yakinlah... Allah pasti memberikan yang terbaik untuk hamba-hamba Nya yang beriman. Aamiin..

3 Tanda Seseorang Mencintaimu Dengan Tulus.


3 TANDA SESEORANG MENCINTAIMU DENGAN TULUS :

1. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, dimatanya kamu selalu yang tercantik/tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu merasa kegemukan .

3. Orang yang mencintai kamu tidak pernah boleh memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu satu²nya.

Cemburunya Wanita Solehah.


CEMBURUNYA wANITA SOLEHAH :

❥ Saya tak CEMBURU melihat wanita-wanita lain yang lebih cantik berbanding diri saya..

❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat wanita-wanita lain yang lebih Solehah berbanding diri saya..

❥ Saya Tak CEMBURU melihat wanita-wanita lain dapat suami yang kaya dan BERGAYA..

❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat wanita-wanita lain yang dapat Suami yang Soleh dan Bertaqwa...

❥ Saya tak CEMBURU melihat wanita-wanita lain menjadi pujaan dan Pujian para lelaki..

❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat wanita-wanita Solehah yang menjadi pilihan para Lelaki Soleh Lagi Beriman..

❥ YA ALLAH Jadikanlah Wanita Yang Membaca Status ini Wanita yang Soleha , Serta Soleh/Soleha kan lah Seluruh keturunan nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin... 

11 Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga.


Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami).

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Diambil dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu. Aamin Ya Rabbal Alamin...

Jangan Ada Sombong Dalam Diri


Ketika burung hidup, burung makan semut..
Ketika burung mati, semut makan burung..

Jadi, WAKTU berputar bila-bila saja..
Maka, walau sekaya mana pun kamu, jangan merendahkan siapapun dalam hidup..

Kita menunjukkan penghargaan pada orang lain,
bukan kerana siapa mereka, tetapi
kerana siapakah diri kita sendiri...

Kita mungkin berkuasa, tapi
WAKTU lebih berkuasa daripada kita..
Dan yang lebih berkuasa lagi adalah ALLAH..

Jika direnung…
Sebatang pokok dapat menghasilkan jutaan kayu api…
Tapi, satu batang kayu api, dapat membakar jutaan pokok-pokok di hutan…

Sekadar renungan, semoga ada keinsafan.

Cara Orang Syiah Solat

Cara pelik solat golongan Syiah. Berhati-hatilah. Semoga kita dijauhi tergolong daripada golongan puak Syiah.


Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah


1 - AL-FATIHAH 
●Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2 - AL-FATIHAH 
●Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepas-kan rasa sakit dalaman.

3 - AL-FATIHAH
●Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. (Kepada orang berpenyakit mental).

4 - AL-FATIHAH
●Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. (Sakit yang keterlaluan).

5 - AL-FATIHAH
●Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6 - AL-FATIHAH
●Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

SUKA DIINGATKAN : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki.


(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah"
●Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah" ( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
●Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin" maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur. 

(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

(3). "Beristighfar"
●Barangsiapa beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah ).

(4). Membaca "Surat Al-Ikhlas“
●Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ( HR. AtTabrani ).

(5). Membaca "Surat Al-Waqiah“
●Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.“

(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).

(6). Memperbanyak "Salawat Ke Atas Nabi".
●Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim"
●Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat).

Cara Mensucikan Diri Setelah Melakukan Zina.


Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, merahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir menitiskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, "Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu."

Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW:

Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina.
Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah susuinya, kembalilah kepadaku.

Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi ke rumahnya.

Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah fikiran. Dia datang kembali kepada Rasulullah untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai Rasulullah, aku telah susuinya, maka sucikanlah aku!

Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, "Siapa yang mahu menjaga dan membela anak ini, maka dia adalah temanku di syurga."

Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam. Setelah wanita tersebut meninggal, baginda pun sembahyangkannya.

Melihat hal tersebut, Umar Bin Khatab merasa sangat hairan sekali. Beliau berkata: Engkau sembahyangkannya wahai Nabi Allah, sesungguhnya dia telah berzina!.

Rasulullah kembali bersabda: Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad)

Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua.