Monday, June 17, 2013

Kisah Kehebatan Cinta



Ada sepasang suami isteri di mana isterinya adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Kehidupan mereka sangat bahagia.

Tidak lama kemudian, Si isteri dijangkiti penyakit kulit yang mengakibatkan kulit mukanya rosak teruk.

Pada saat itu, suaminya berada di luar negara. Dalam perjalanan pulang, suaminya kemalangan dan mengakibatkannya menjadi buta.

Dari hari ke hari…

Kerana penyakitnya, Si isteri yang pada mulanya cantik seperti bidadari berubah menjadi wanita yang sangat hodoh. Namun suaminya tidak dapat melihat. Mereka lalui kehidupan seperti biasa dengan penuh kasih sayang.

Selepas 25 tahun, Si isteri meninggal dunia dan Si suami sangat sedih sekali.

Selesai pengebumian, ada seorang pemuda kampung menegur Si suami :

“Kesian, Pak Cik buta, bagaimana Pak Cik mahu pulang sendiri?”

Si suami menjawab :

“Perlu kamu tahu bahawa selama 25 tahun ini sebenarnya saya tidak buta. Semua itu saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu wajahnya sangat menakutkan, tapi itu tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintainya”.

**SUBHANALLAH. 

No comments:

Post a Comment