Tuesday, March 19, 2013

Ikan Terbang Atau Flying Fish - (24 gambar)

Ikan terbang memang sudah di kenali dan telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Indonesia, terutamanya di daerah Sulawesi Selatan. Selain gelaran "ikan terbang", ikan ini juga di kenali dengan pelbagai nama, antaranya : Ikan tuing-tuing (Makasar), Torani (Bugis), Tourani (Mandar). 
Ikan terbang ini hanya boleh melayang selama 45 saat sahaja di udara.Samada lama atau kejap, ia tetap terbang dan yang pastinya ia telah melawan batas normal spesis ikan.
Ikan tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai makanan tempatan dan telur dari ikan ini merupakan salah satu daripada sumber eksport perikanan yang bernilai ekonomi tinggi.
Sejak tahun 1900 hingga tahun 1930an, ikan terbang diteliti secara serius oleh saintis dan digunakan sebagai asas penciptaan kapal terbang. Nampaknya kita harus belajar lebih banyak dari alam.
Ketinggian maksimum yang pernah tercatat oleh ikan ini adalah 6 meter di atas paras laut dengan kelajuan 70km/h. Bayangkan ketika kita menunggang motor dengan kelajuan yang sama, dengan kelajuan seperti itu pasti sudah cukup kuat bukan?
Ketika ikan terbang memerlukan tenaga dorongan tambahan (additional speed boost), ikan ini mengibaskan ekornya sebanyak 70 kali ke permukaan air dalam sekali gerakan, dan hebatnya ikan ini melakukannya ketika masih melayang di udara
Ikan terbang ini mempunyai banyak spesies yang membiak pada hampir di semua perairan. Samada di perairan Tropika mahupun Sub-Tropika. Ikan ini termasuk dalam kategori ikan pelagis kecil (small pelagic fish), yang juga disebut "flying fish".
Populasi ikan terbang diketahui mempunyai umur 1-2 tahun dan secara semula jadi akan mengalami kematian setelah melalui fasa pembiakan 1-2 kali dalam kitaran hidupnya (post spawning mortality). Jangka hayat ikan terbang tidak lebih dari dua tahun.
Melalui gambar-gambar yang disertakan disini, kita dapat lihat yang ikan terbang mempunyai pelbagai warna dan pelbagai saiz. Ikan terbang juga mempunyai 40 spesis yang berlainan. Apapun yang pasti ciptaan Allah s.w.t ini amat menakjubkan dan indah... Subhanallah...Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan adanya Allah s.w.t.

TELUR IKAN TERBANG :
Jakarta - Penggemar sushi pastinya sudah tidak asing dengan bahan makanan yang berasal dari telur ikan terbang ini. Bentuknya bulat seperti mutiara namun dalam versi comel berwarna oren terang (lutsinar). Penampilannya tak hanya cantik tapi rasanya juga unik dan enak. 

Telur ikan terbang atau flying fish roe biasa dikenali dengan sebutan 'tobiko'. Bentuknya seperti butiran kecil dengan warna oren terang yang unik. Biasanya tobiko popular digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan makanan Jepang khususnya sushi. 

Dalam hidangan sushi, tobiko biasanya digunakan sebagai topping sushi roll dan biasanya ditemui pada California Rolls atau Kani Rolls. Kini tobiko tidak hanya ditemui dengan warna oren tetapi kini ada warna hijau, hitam, dan oren pucat. Warna hitam diperolehi dari wijen hitam atau tinta cumi-cumi, sedangkan warna hijau biasanya diperoleh dari wasabi.

Belakangan tobiko juga sering digunakan dalam berbagai masakan lainnya samada sebagai topping ataupun isi. Banyak yang kata tobiko merupakan versi murah dari caviar. Oleh kerana itu kini tobiko juga popular di kalangan chef-chef di Amerika.

Menikmati tobiko merupakan pengalaman yang sangat menyenangkan. Saat butiran kecil telur ikan terbang tersebut masuk ke dalam mulut dan dikunyah, ledakan butiran telur ikan menjadi sensasi yang menyenangkan di dalam mulut. Cita rasa tobiko yang sedikit manis dan asin menjadikan makanan terasa lebih lazat. Yummy... :)

FOSIL IKAN TERBANG :
Beijing - Fosil ikan terbang purba baru-baru ini ditemui di Cina Selatan. Fosil itu menunjukkan sirip ikan terbang yang lebar menyerupai sayap burung telah dikembangkan jutaan tahun lebih awal dari yang dijangkakan sebelumnya. Ikan terbang ternyata sudah mengembangkan perilaku yang unik ini sejak zaman purba.

No comments:

Post a Comment