Thursday, March 21, 2013

Tanda-Tanda Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA :

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama...

Harimau Putih

Harimau ini kelihatan jinak. Bulunya putih bersih dan lihat matanya, biru kan... subhanallah... indahnya ciptaan Allah s.w.t.

Ikan Pelik (Kembar)

Sahabat pernah tengok ikan macam ni?... nah tengok ya... saya tak tahu apa nama ikan ini, atau apa spesisnya... sekadar berkongsi... :)

Gambar Menarik Solat Berjemaah... (4 gambar)

Kota Mekah.

Jammu, Kashmir.


Antara Pekerjaan Mulia Di Kota Mekah

Mereka ini, sangat beruntung kerana hari-hari dapat mengadap Kaabah... Subhanallah.

Pencuci Kaabah.

Pegawai Keselamatan (Penjaga Hajar Aswad)

Wednesday, March 20, 2013

Seni Dan Kreativiti Islamik Yang Indah (2 gambar)


"Muhammad"

 "La ilaha illallah hu Muhammadur rasulullah"

Kalimah Allah Di Tembikai Susu

Subhanallah...

Kalimah Allah Di Balung Ayam

Subhanallah...

Awan Membentuk Kalimah Muhammad Di Masjid Nabawi Pada 7 Ramadhan 1433H

Gambar awan membentuk kalimah 'Muhammad' yang betul-betul dirakam di atas Masjid Nabawi, Madinah. Gambar ini dipercayai dirakam pada 7 Ramadhan 1433H bersamaan 27 Julai 2012 ketika berlangsungnya solat Maghrib berjamaah di masjid yang juga menempatkan makam Rasulullah s.a.w... Subhanallah.

Kalimah "Muhammad" Di Mata

Subhanallah...

Undertaker Menghormati Dan Bersalam Dengan Ulama

Superstar 'The Undertaker' (WWE) :

Beliau tunduk dan bersalam dengan ulama... 'The Undertaker' dikatakan cukup menghormati ulama Islam. Nama sebenar beliau ialah Mark William Calaway. Beliau dianggap lagenda didalam arena gusti kerana tidak pernah kalah di dalam acara gusti iaitu Wrestle Mania. Walaupun beliau adalah seorang kafir, tetapi cara beliau menghormati ulama Islam sememangnya patut dipuji...

#Subhanallah...

Akshay Kumar Yang Berhati Mulia


Pelakon terkemuka bollywood : Akshay Kumar

Saat pengemis kecil ini memanggilnya, dia mencapai tangan dan memimpin pengemis kecil ini jalan bersama... Subhanallah... tanpa ada kesombongan dan rasa jijik pada pengemis yang kotor... inilah kehidupan sebenar beliau... inilah HERO yang sebenarnya...

Pokok Yang Di Bentuk Menjadi Keretapi

 Satu seni yang sangat unik dan kreatif. Sebuah taman yang indah.

Batu Berbentuk Ikan

Batu ini terletak di Afrika. Sesungguhnya tiada apa yang mustahil dengan adanya ALLAH. Subhanallah.

Gambar Ikan Lumba-Lumba Melahirkan Anak

Satu pemandangan yang sangat indah. Sekadar berkongsi keindahan ciptaan Allah s.w.t.

Kalimah Allah Di Daging Lembu (2 gambar)


Gorila Putih "Snowflake Gorilla"

Pernah tengok gorilla putih?... Inilah dia Gorilla Putih atau lebih dikenali sebagai Snowflake Gorilla. Gorilla ini berada di Zoo Barcelona, Sepanyol. Seperti yang kita lihat, gorilla ini berbulu putih dan lain dari spesis yang yang biasa.

Pemegang rekod dunia untuk senyuman manusia pertama pada usia 5 saat

Hanya dengan kuasa Allah. Bayi ini memegang rekod dunia untuk senyuman manusia pertama, pada usia 5 saat..!!

#Subhanallah...

Tuesday, March 19, 2013

Sukan Di Dalam Air

Ini adalah gambar-gambar sukan di dalam air. Tidak tahu apa motifnya sukan dibuat di dalam air. Mungkin ingin mencari kelainan supaya kelihatan unik. Walau apapun, ianya kelihatan agak sukar.

Ikan Keli Sungai Mekong

Antara ikan keli yang di tangkap di Sungai Mekong. Wah... besarnya...

Petai Gajah Di Perak

Petai Gergasi (petai gajah) ditemui di Hutan Grik Perak.. Wah, satu tangkai berapa kilo ni... Jom, kenduri sambal petai... ;)

Kambing Yang Boleh 'Surfing' Atas Air Di California (4 gambar)

Kambing berusia dua tahun ini merupakan satu-satunya kambing yang pandai surfing. Lokasi untuk kambing ini 'surfing; adalah di Prismo Beach California.

Sungai Diatas Sungai (Sungai Elbe)

Sebuah jambatan dibina untuk laluan air sungai bagi perjalanan perahu dan kapal-kapal kecil. Ini merupakan satu saluran jambatan di sepanjang Sungai Elbe, terletak di bandar Magdeburg, berhampiran Berlin. Sungai ini sangat unik kerana ianya bersilang antara satu sama lain. Satu lagi rekaan unik serta teknologi yang boleh dikagumkan.

Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia

Princess Juliana International Airport terletak di pulau St.Maarten dikongsi oleh dua negara iaitu Perancis dan Belanda. Lapangan terbang ini terlalu dekat dengan Pantai Maho. Pengunjung yang berkelah dipantai sentiasa melihat kapal terbang yang terbang di atas kepala mereka apabila hendak mendarat. Landasan kapal terbang ini adalah sangat pendek, hanya kira-kira 2130 meter. Apa yang boleh dirumuskan ialah ianya satu teknologi yang sangat mengkagumkan namun juga berisiko tinggi.

Pelangi Di Bawah Tanah (China)

Sebuah gua di China memiliki keindahan yang luar biasa. Reed Flute Cave (Lu Die Yan) adalah gua bawah tanah yang berada di 5 km dari pusat utara kota Guilin China. Gua ini seperti memantulkan cahaya pelangi yang berwarna warni. Pemandangan yang sangat indah.

Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Yang Berusia 100 Tahun

Al-Quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat Al-Quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut. Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Subhanallah...



Monyet Membantu Orang Buta

India - Dua orang buta ingin menggunakan pili paip untuk minum dan mencuci tangan, tetapi gagal. Tiba-tiba muncul seekor monyet dan monyet itu tolong bukakan pili paip untuk dua orang buta tersebut... (betapa hebatnya... bagaimana haiwan pun tahu menolong manusia)... Subhanallah...

Ikan Terbang Layar Besar Di Temui Di Papua, Indonesia (2 gambar)

Begitu banyaknya kekayaan bawah laut di Papua. Antaranya jenis ikan layar raksasa bersaiz besar di temui dilaut Kampung Tablanusu Kab, Jayapura. Ikan layar ini di pancing oleh penduduk tempatan dengan menggunakan alat pancing sederhana (nelon, matakail, perahu, umpan dan peralatan lainnya).

Sentiasa Bersangka Baik

Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu... dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 216)

Orang yang beriman hendaklah menyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.

"Jika kita berdoa kepada Allah, dan doa kita tidak dimakbulkan, maka hendaklah bersangka baik. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik dari apa yang kita minta. Doa adalah ibadah zikir yang Allah s.w.t suka”.

Semua yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Marilah kita berdoa supaya termasuk dalam golongan orang berbaik sangka terhadap Allah SWT dan sesama manusia. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik dalam perhubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

Ikan Terbang Atau Flying Fish - (24 gambar)

Ikan terbang memang sudah di kenali dan telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Indonesia, terutamanya di daerah Sulawesi Selatan. Selain gelaran "ikan terbang", ikan ini juga di kenali dengan pelbagai nama, antaranya : Ikan tuing-tuing (Makasar), Torani (Bugis), Tourani (Mandar). 
Ikan terbang ini hanya boleh melayang selama 45 saat sahaja di udara.Samada lama atau kejap, ia tetap terbang dan yang pastinya ia telah melawan batas normal spesis ikan.
Ikan tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai makanan tempatan dan telur dari ikan ini merupakan salah satu daripada sumber eksport perikanan yang bernilai ekonomi tinggi.
Sejak tahun 1900 hingga tahun 1930an, ikan terbang diteliti secara serius oleh saintis dan digunakan sebagai asas penciptaan kapal terbang. Nampaknya kita harus belajar lebih banyak dari alam.
Ketinggian maksimum yang pernah tercatat oleh ikan ini adalah 6 meter di atas paras laut dengan kelajuan 70km/h. Bayangkan ketika kita menunggang motor dengan kelajuan yang sama, dengan kelajuan seperti itu pasti sudah cukup kuat bukan?
Ketika ikan terbang memerlukan tenaga dorongan tambahan (additional speed boost), ikan ini mengibaskan ekornya sebanyak 70 kali ke permukaan air dalam sekali gerakan, dan hebatnya ikan ini melakukannya ketika masih melayang di udara
Ikan terbang ini mempunyai banyak spesies yang membiak pada hampir di semua perairan. Samada di perairan Tropika mahupun Sub-Tropika. Ikan ini termasuk dalam kategori ikan pelagis kecil (small pelagic fish), yang juga disebut "flying fish".
Populasi ikan terbang diketahui mempunyai umur 1-2 tahun dan secara semula jadi akan mengalami kematian setelah melalui fasa pembiakan 1-2 kali dalam kitaran hidupnya (post spawning mortality). Jangka hayat ikan terbang tidak lebih dari dua tahun.
Melalui gambar-gambar yang disertakan disini, kita dapat lihat yang ikan terbang mempunyai pelbagai warna dan pelbagai saiz. Ikan terbang juga mempunyai 40 spesis yang berlainan. Apapun yang pasti ciptaan Allah s.w.t ini amat menakjubkan dan indah... Subhanallah...Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan adanya Allah s.w.t.

TELUR IKAN TERBANG :
Jakarta - Penggemar sushi pastinya sudah tidak asing dengan bahan makanan yang berasal dari telur ikan terbang ini. Bentuknya bulat seperti mutiara namun dalam versi comel berwarna oren terang (lutsinar). Penampilannya tak hanya cantik tapi rasanya juga unik dan enak. 

Telur ikan terbang atau flying fish roe biasa dikenali dengan sebutan 'tobiko'. Bentuknya seperti butiran kecil dengan warna oren terang yang unik. Biasanya tobiko popular digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan makanan Jepang khususnya sushi. 

Dalam hidangan sushi, tobiko biasanya digunakan sebagai topping sushi roll dan biasanya ditemui pada California Rolls atau Kani Rolls. Kini tobiko tidak hanya ditemui dengan warna oren tetapi kini ada warna hijau, hitam, dan oren pucat. Warna hitam diperolehi dari wijen hitam atau tinta cumi-cumi, sedangkan warna hijau biasanya diperoleh dari wasabi.

Belakangan tobiko juga sering digunakan dalam berbagai masakan lainnya samada sebagai topping ataupun isi. Banyak yang kata tobiko merupakan versi murah dari caviar. Oleh kerana itu kini tobiko juga popular di kalangan chef-chef di Amerika.

Menikmati tobiko merupakan pengalaman yang sangat menyenangkan. Saat butiran kecil telur ikan terbang tersebut masuk ke dalam mulut dan dikunyah, ledakan butiran telur ikan menjadi sensasi yang menyenangkan di dalam mulut. Cita rasa tobiko yang sedikit manis dan asin menjadikan makanan terasa lebih lazat. Yummy... :)

FOSIL IKAN TERBANG :
Beijing - Fosil ikan terbang purba baru-baru ini ditemui di Cina Selatan. Fosil itu menunjukkan sirip ikan terbang yang lebar menyerupai sayap burung telah dikembangkan jutaan tahun lebih awal dari yang dijangkakan sebelumnya. Ikan terbang ternyata sudah mengembangkan perilaku yang unik ini sejak zaman purba.