Wednesday, December 19, 2012

Pemandangan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rusia

Ramainya umat Islam di Rusia. Semoga agama Islam terus berkembang. Islam di Rusia adalah agama terbesar kedua selepas Kristian iaitu sekitar 21 - 28 juta penduduk atau 15 - 20 peratus dari sekitar 142 juta penduduk. Kehidupan muslim di Rusia ketika ini juga semakin baik berbanding semasa pemerintahan Komunis dulu. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Rusia, pemimpin Rusia (Vladimir Putin) memasukkan menteri Muslim dalam kabinetnya. 

Secara rasminya jumlah masjid di Rusia mencapai 4750 buah masjid, namun jumlah sebenarnya jauh lebih besar dan terus bertambah dari hari ke hari. Di Dagestan saja terdapat antara 1600-3000 buah masjid. Dalam 10 tahun terakhir, jumlah masjid di Tatarstan telah melebihi 1000 buah. Di ibukota Rusia pula, jumlah umat Islam melebihi 1 juta orang. Menurut pakar data Rusia, sekurang-kurangnya keseluruhannya terdapat 7000 masjid di Rusia.



No comments:

Post a Comment